Tuesday, February 7, 2017

Kerja mak-mak senang dengan Philips Steam Generator Iron



I am a happy user of Philips steam generator GC9620!

Siap dengan no siri gitu hehe. Tahun lepas kecoh dekat whatsapp mak-mak cerita pasal periuk Noxxa & Iron Philips. Ramai yang bagi review best & puas hati pakai 2 barang ni dekat rumah especially yang takde maid.

Tapi aku lebih jatuh cinta dengan iron Philips tu sebab anak dah masuk dua orang masuk sekolah rendah. Makanya lagi banyak lah baju nak iron 😭


GC 9620
source from Google Image

Survey punya survey, harga Philips iron generator tu RM1699 free ironing board. Memang berkenan sangat dengan ironing board tu sebab lebar & solid. Tapi lepas survey-survey, dapat harga RM1299 dekat Lazada masa black Friday tahun lepas. So terus lah order siap free dengan ironing board yang super best tu!

Philips Iron generator ada banyak series tau. Masa mula-mula ingat ada dua tiga jenis je. Macam Amway ada 2 series tak silap. So apa yang membezakan steam generator ni dengan iron-iron yang lain?

Steam Generator Philips GC9620:

- Ada container air 1.8L tak payah spray-spray air
- Tak ada temperature regulator, so tak payah risau baju/kain/tudung hangus.
- Safety lock dekat iron holder, kalau dah siap iron boleh lock so takde la bahaya kalau anak tertarik cable
- Light weight tapi lengan baju boleh jadi tajam jugak
- Ada function turbo, best sebab sekali iron je bahagian belakang baju/kain/tudung pun jadi licinz

Dinasihatkan kalau nak beli iron steam generator ni beli sekali dengan ironing board (biasanya dapat free, worth RM400 kot). Sebabnya dengan water container 1.8L tu berat dah nak dekat 2kg. Kalau ironing board biasa takut tak boleh nak tampung berat iron tu. Silap-silap boleh jatuh.

Berbaloi sangat-sangat sila beli dengan ironing board sekali. Bakul baju sekarang asik kosong je, sebab excited meng'iron' baju-baju, siap cari lagi baju dalam almari ada tak yang belum digosok.

I tak jual Philips Iron Steam Generator ni. So you all boleh dapatkan dekat online store and order, barang terus sampai rumah. Next kena consider periuk Noxxa pulak. Tahun ni malas masak so kena reconsider balik. Hehe

Thank you for reading mommies ❤❤❤




Post a Comment