Thursday, August 4, 2016

Going to semester four!!



Alhamdulillah habis dah semester tiga yang penuh dengan onak, duri, badai semua lah. Tapi berjaya harung jugak dengan macam-macam cabaran. Mula-mula ingatkan senang je ambik 3 subject semester lepas. Tiga subjek ni untuk meet requirement daripada universiti. Kalau tak ambik, sampai ke sudah pun tak boleh grad walaupun thesis bombastic meletop!

Dengar tiga macam sikit je, dengan tak ada exam cuma kena pergi kelas every week, buat assignment dan last sekali macam biasa presentation. Tapi satu subjek ada lebih 4 lecturer! So, bayangkan je lah kalau 1 lecturer 1 assignment, 1 presentation. 4 darab 2 darab 3 😭 😭 😭 Siapa suruh awak ambik tiga subjek serentak kan? Tapi sebab fikir start full time study pun dah lambat, dah pertengahan semester 2 terpaksa lah harung jugak. Well, I did it! Siap dapat pergi Munich, Germany lagi untuk present paper (later will story).

Tapi belum habis lagi cerita PhD ni.. the major hassle tak lepas lagi. Paper should be published at least three under ISI/Scopus journal. So far supervisor duk push yang tiga ni la. Experiment so far working so well dengan adanya research group yang sangat supportive, tak kedekut untuk berkongsi, supervisor yang sangat committed. Surprisingly Co-supervisor pun sangat mengambil berat students under his supervision. Bayangkan every week dia buat meeting and deliver lecture yang basic. So takde la kita terkapai-kapai nak belajar sendiri yang basic principle bagai tu. For me, he is super duper responsible to his students. and I am glad dan bersyukur sangat-sangat. Thank you Allah.

Current progress, I am working on fabrication of thin film solar cell, hantar characterization then analyze. At the same time writing and keep writing. Because when you stop writing and reading, to get back the momentum is not easy. Hopefully boleh consistent all the way till end of next year. Lagi setahun setengah sahaja duration for my study leave ni. Dengar macam lama kan 18 months. But actually 3 semester tu sekejap je. Look now we are in August 2016 dah. Rasanya macam baru je masuk 2016.

Okay lets get back to work. Hopefully from now onward I can write more and more about my study, my business journey, sharing knowledge to the people yang menjengah blog ni 😝 😝 😝 I have a loooottttt of things to share here actually. Pending post pasal raya, dapur renovation at our new house, our kids development, my event with sahajidah hai-o marketing hurmmm banyaklah.

Stay tuned.

P/s: rindu tulis blog and blog hop