Tuesday, December 15, 2015

Selamat ke air minum kita??



Lagi article tentang Sistem Penulenan Air Terbaik Pilihan Pengguna di Majalah Natural Health bulan ni.

clean water

Jangan sangka air yang keluar dari paip kita tu selamat walaupun takde bau atau warna. Kena fikir bagaimana kandungan air tu, ada ke microorganisma, klorin yang digunakan, karat dari besi yang salurkan air tu, kandungan mineral dan lain-lain.

water filter bio evolve

Dengan Bio Evolve, kita dah tak perlu nak pening kepala dah dok fikir selamat ke anak-anak minum air di rumah. InsyaAllah selamat dan boleh meningkatkan kesihatan sebab mineral yang dibekalkan dalam air minum tu.

air karat
Ni contoh filter ceramic yang berkarat after few days pakai. Bersih ke air minum kita?

Dah la senang nak pasang, tak perlukan monthly inspection dan servis serta tak perlukan electric power untuk berfungsi. Senang dan boleh jimat elektrik. Ada sijil halal dan pengiktirafan dari pihak berkenaan eg SIRIM dan certification body yang lain.

air mineral bio evolve

SHOM agent
0126714487



Monday, December 14, 2015

Detox dengan air MINERAL



Hi readers!

Happy Monday to all & selamat bercuti untuk orang-orang Selangor. Semoga sihat dibawah lindungan-Nya. Yang tak sihat, minum air mineral banyak-banyak untuk cairkan darah & sejukkan badan.

air bersih

Selalunya orang yang tak sihat sinonim dengan 'minum air kosong banyak-banyak'. betul tak? Contohnya kalau demam mesti doktor akan bagi tau minum air kosong untuk keluarkan panas dengan cepat. Minum air 'kosong' ke air 'mineral'?? Okay I just discovered about air 'kosong' a few years back.

Apa beza air mineral & air kosong? Haaa kan macam sama je. Kalau pergi kedai runcit ataupun kedai Mesra Petronas nak beli air mineral selalu ambik yang mana? Penutup botol biru/hijau ataupun putih?
.
.
.
.
.
Penutup botol air mineral color biru/hijau ye. Penutup botol drinking water pulak color putih. And harga mineral water mahal sikit compare to drinking water. Kenapa ya?

Biasanya korang tak kisah pun kan, asalkan hilang haus korang tu. Kalau korang menghayati rasa air tu (walapupun air tu tak bercolor!) air mineral tu tasty than drinking water. Rasa 'hidup' je air tu. Drinking water contain H2O sahaja ataupun air kosong lah sebab takde mineral. Air mineral contain minerals needed for our body, magnesium kalsium sodium etc. Dan air mineral ni jugak diambil drp air bawah tanah yang kita tau ada banyak mineral. Lagi dalam, lagi tinggi mineralnya. Disebabkan akak ni graduate degree in Mineral Resources Engineering, tiap-tiap hari belajar pasal mineral dalam tanah, meh kita tengok water table.

air mineral bersih

Biasa kan tengok tepi lereng-lereng bukit orang tadah air dalam botol. Sebab diorang rela tadah air from water table tu daripada minum air kat rumah! Lagi bermineral, tulen dan selamat.

Air minum yang bagus mestilah:
  1. ada mineral
  2. particle air yang halus
  3. air yang ada energy
  4. anti-oxidizing (tak berkarat)
  5. alkali rendah (pH 8 - 8.5)
  6. bebas drp heavy metals
mineral water bio evolve

Air yang kurang mineral ataupun takde mineral langsung (air kosong) ialah air daripada paip dan di masak berulang kali. Biasanya air daripada dispenser yang ada hot and cool tu. Bila air yang dimasak berulang kali, kandungan mineral akan berkurang.

Air mineral yang beralkali ni dapat neutralkan asid dalam badan & detox at the same time. Baru lah badan kita sihat & energetic bila ade process detoxification.

Thats why I choose Bio Evolve water filter yang boleh pasang terus dekat sinki dapur. Terus boleh minum from the pipe, guna untuk masak, basuh sayur-sayuran & fruits and rinse our dishes dengan air bersih. Actually kita tak perasan pun kan bila kita basuh sayur-sayur n buah dengan air paip yang ada karat & heavy metals. Benda-benda ni la yang menyebabkan orang umur 25 tahun pun dah dapat kanser!


Harga Bio Evolve RM 2588, harga mampu milik dan berbaloi untuk cegah penyakit-penyakit yang perlu dirawat yang kosnya berpuluh-puluh ribu. Sayang buah pinggang anda untuk tapis segala logam berat daripada air yang kita minum.

SHOM agent
0126714487

Sunday, December 13, 2015

Cara Pasang Bio Evolve



Apa yang bestnye Bio Evolve ni kita boleh pasang sendiri. Simple DIY!!

Here is the video cara pemasangan Bio Evolve.


Boleh tengok dekat sini untuk details Bio Evolve purification system.

Saturday, December 12, 2015

TAHNIAH Selangor!



Since everybody is updating on facebook about The Red Giant, I would like to say congratulation to Selangor team by winning Piala Malaysia against Kedah tonight!!


Apa benda misi33 ni? Hahaha nampak sangat malas nak ambik tau. Piala Malaysia yang ke-33 kan? Yang akak tau Selangor menang 2-0. Tahniah ye Selangor. Ramai naww yang tanya cuti ke tak? Memang cuti kan esok Ahad. Nak cuti apa lagi??

Tahniah to Kedah too, next will be yours!

Friday, December 11, 2015

Penapis air termurah!



Hi readers!

Malam ni rajin sikit nak update pasal penapis air yang berteknologi tinggi dan harga mampu milik. Sebelum ni mesti pernah dengan penapis air Bio Aura kan. Kalau tak pernah dengar, cuba google jap macam mana rupa bio aura tu. Heh.. Okay dah google? Glamour tau Bio Aura water filter dulu. Sama naik dengan brand diamond water filter. Tak tau diamond water filter?? Haishhh korang ni.


Okay kita nak cerita pasal Bio Evolve water filter ni actually evolution daripada Bio Aura water filter. Penapis air ni kira dah 3rd generation daripada company yang sama. Nampak tak company sentiasa upgrade produk-produk diorang.

Back to Bio Evolve, here are some info and details on Bio Evolve. Bio EvolveTM Water Purification System menggabungkan penemuan terbaharu Teknologi Nano Termaju dan Blok Karbon Inovatif Ultra Padat dalam sistem penulenan yang mampat, ringan dan berpenampilan menarik. Ia memberikan prestasi penapisan air yang terbaik untuk seisi keluarga!

  • Penemuan Baharu Teknologi Nano Termaju
  • Blok Karbon Inovatif Ultra Padat
  • Penulenan air berprestasi hebat
  • Air yang lebih bersih dan tulen
  • Rasa air yang lebih sedap – terus dari paip!
  • Kualiti air yang dipertingkat
  • Pemasangan sendiri yang mudah
  • Jimat kos! Tidak menggunakan elektrik
  • Kos penyelenggaraan yang rendah
  • Tahan lama
  • Mudah digunakan


Sistem Penulenan Air Bio-Evolve direka secara teliti dengan sistem penapisan 4 fasa yang inovatif. Setiap penapis direka khas untuk melakukan proses penapisan yang khusus bagi menghasilkan air yang tulen, bersih dan selamat untuk kegunaan manusia. Pendek kata, ia adalah cara mudah untuk menikmati air berkualiti tinggi!


1. Pra-Penapis A : Seramik
Seramik padat dengan taburan pori yang bersaiz kurang daripada 0.9 mikron memastikan semua bendasing seperti karat, keladak pasir dan bakteria ditapis sempurna bagi mencapai penulenan air sehingga 99.999%.

2. Penapis B : Pengubah Bertenaga
· Bebola Bio
· Karbon Teraktif
· KDF

Bebola Bio memecahkan struktur molekul air menjadi molekul yang lebih kecil supaya air tersebut lebih mudah diserap oleh badan di samping meningkatkan kadar metabolisme. Selain itu, ia menambahkan keupayaan air untuk mengandungi lebih banyak oksigen di dalam badan.

Ia mengandungi spektrum sinaran tenaga yang luas yang mengawal, mengaktif dan menyeimbangkan fungsi cecair badan. Air bertenaga tinggi dapat menggalakkan keaktifan dan kelancaran pergerakan sel-sel badan.

Karbon Teraktif menyahkan klorin, pewarna dan bau yang kurang menyenangkan.

KDF menyingkirkan logam berat seperti plumbum, tembaga dan kadmium.

3. Penapis C : Penapis Pengubah Berion
· Bebola Ion
· Bebola Nano
· Bebola Bio

Dengan menggunakan Teknologi Pengubahan Berion, gabungan Bebola Ion, Bebola Nano dan Bebola Bio dapat meningkatkan dan menstabilkan tenaga di dalam air supaya kelompok molekul air kekal berada pada saiz terkecil untuk jangka masa yang panjang.

Selain itu, ia meningkatkan tenaga ke paras yang lebih tinggi di samping memastikan air bersifat alkali untuk kebaikan kesihatan manusia. Ia membantu menggalakkan kadar metabolisme dan mengaktifkan sel untuk meningkatkan sistem imunisasi serta fungsi detoksifikasi.

4. Penapis D : Blok Karbon Inovatif Hebat Ultra Padat
Teknologi Proses Haba yang unik menghasilkan ribuan pori halus pada blok karbon yang mengoptimumkan penyerapan bahan pencemar seperti bahan kimia berbahaya, peluntur dan pewarna tetapi membenarkan mineral penting melepasi blok karbon seperti kalsium, magnesium dan florida yang menentang kerosakan gigi supaya kekal berada di dalam air.

ganti filter bio evolve
Cara nak ganti filter ni sangat senang. As stated earlier, kos maintenance pun rendah u all just need to buy filter A, B, C or D untuk replace the old one. Filter A kena tukar setahun sekali. Filter B dan C kena tukar 2 tahun sekali. Filter D tukar 3 tahun sekali. Nak cari filter ni nanti contact je 0126714487.


Jangan risau status halal water filter ni sebab company sangat serious in this matter. So, this is halal certificate daripada kerajaan Malaysia. Seramik penapis air bukan dibuat daripada tulang binatang ye tuan-tuan dan puan-puan.

So anybody yang baru pindah rumah and need water filter yang berteknologi tinggi, air mineral daripada paip dan beralkali, do contact me at 0126714487. Area Kajang, Bangi or Shah Alam we will drop by at your doorstep. Walaupun I'm a PB corset agent, but I'll give a consultation & services on Bio Evolve as well.

premium beautiful certified agent,
0126714487