Wednesday, November 4, 2015

Extra income, keperluan atau kemahuan?



Salam and hi readers!!


Ramai betul yang tengah mencari extra income sekarang ni kan. Tak kurang dengan yang dah berkerjaya dan stabil tapi masih lagi nak mencari extra income. Extra income ke side income? Apa beza kedua-dua ni? Nampak macam sama kan :D

Side income dah jadi macam trend pulak sekarang ni. Artist yang glamour yang dah kaya raya pun still cari lagi side income. Agak-agaknya bila dah jadi trending ni, boleh bertahan lama tak? Macam mana nak cari side income ni? Biasanya kebanyakan kita cari side income dengan buat online business. Tak kisah la online business tudung, baju, seluar, skirt, makanan etc etc banyak sangat. Tapi boleh bertahan sampai bila? Itu persoalannya. Sekadar SIDE? EXTRA or MAIN income? Kalau nak bertahan lama ada banyak faktor yang kita kena consider. Salah satu branding. Nak memperkenalkan branding ni memang takes time. Kita bagi masa 3 hingga 6 bulan untuk orang kenal produk n brand kita. Tapi kalau dah retis tu tak sampai 3 jam dah ramai beratur nak beli kan. hehehe

Di sebabkan saya bukanlah retis popular kan, kenalah pandai pilih produk dan jenis business. Kenapa nak buat extra income? Kau kan lecturer dah stabil, gaji pun banyak. Haaaa ni lah yang selalu saya dengar. Kalau ikutkan income diri sendiri memang cukup sangat. Sangat-sangat cukup, tapi untuk sekarang je lah. Untuk 20 hingga 30 tahun akan datang? Saving anak-anak? Harta yang nak ditinggalkan untuk anak-anak? Harapkan KWSP and simpanan tiap-tiap bulan? Ada yang tak boleh nak buat simpanan untuk diri sendiri pun bila dah namanya duduk kat KL. Tol naik, minyak turun naik, harga barang-barang dah tak terpantau. Itu sekarang!! Macam mana lah anak-anak kita nak hadap nanti in the future.

Sebab itu, buat business bukanlah satu kemahuan, tapi dah jadi keperluan. Memang PERLU sangat-sangat zaman sekarang ni. Tapi matlamat kena jelas sejelas jelasnya kenapa nak buat business ataupun cari extra income, kalau tak ada matlamat kita akan buat suka-suka and tak bertahan lama. Income dah jadi side je lah, dapat untung sikit pakai sampai habis. Contoh macam saya, ada aim and target untuk jangka masa pendek n panjang.

Jangka masa pendek:

1. Setiap bulan nak saving RM 1000 untuk sendiri dan RM 1000 untuk setiap orang anak.
2. Saving untuk buat downpayment rumah RM 3000 sebulan
3. Nak beli kereta favourite dengan cash!

Jangka masa panjang:

1. Nak ada 4 buah rumah untuk anak-anak. Biar diorang dapat sorang satu atas nama sendiri.
2. Pergi haji dan kalau boleh nak buat umrah tiap-tiap tahun dengan husband.

Leaders saya selalu pesan, lakarkan impian anda diatas kertas. Mesti tulis dan tengok tiap-tiap hari dan kita automatik akan bertindak untuk capai impian dan matlamat kita. Bertuah sangat bila buat business bermentor yang sentiasa bagi guide n semangat. Pada saya extra income satu KEPERLUAN, bukan lagi KEMAHUAN. 

Nak jana income 4, 5 atau 6 figures income? Boleh contact 0126714487 for details. We can have a cup of coffee while discussing business plan under PINteam.

premium beautiful certified agent,
0126714487
Post a Comment