Monday, October 19, 2015

Jom Sambung Belajar :)



Alhamdulillah Syukur sangat dapat peluang untuk sambung belajar secara full-time. Punyalah banyak halangan in the beginning. Kalau nak cerita application untuk sambung belajar ni boleh buat novel heh..

Daripada mula belajar masa MSc level lagi memang berhasrat sangat-sangat nak sambung sampai PhD level. Lepas habis MSc niat nak kerja dulu tak kisah kerja apa pun. Sebenanrnya tak tau pun apa cita-cita masa kecik dulu. Jawapan cliche masa sekolah dulu 'cikgu', 'doktor', 'peguam'. Macam mana diorang kerja pun tak pernah ambik tau.

Bila dah masuk matrik and nak apply for Uni, masa tu baru lah decide nak jadi oil and gas engineer. Banyak naw gajinya orang kata. Dengar orang kata je lah kan. So pilih la course yang ada kaitan dengan oil and gas engineering (masa tu UPU ada 5 choices). Dapat masuk USM ambik Mineral Resources Engineering. Ada la bau-bau oil and gas sikit, hihihi. Tapi nak kene maintain CGPA 3.5 and above tu. Alahaiii susahnye lah. Bila dah tak dapat 3.5 masa first sem tu terus demotivated. Jadi apa la aku agaknya lepas grad nih.

Dipendekkan cerita, lepas grad dapat jodoh, kawin. Masa tu dah pasang angan-angan aku nak buat MSc. Jadi lecturer la kot lepas habis MSc. Rezeki buat MSc kat USM jugak and dapat habiskan dalam masa setahun. Dengan pregnant n bersalin during that time, but alhamdulillah manage to finish it.

So kene la cari kerja dulu kan. Dapat kerja kat KPDNKK masa tu kene duk pantau harga barang kat pasar, kedai-kedai runcit and shopping mall. Paling best kat shopping mall la! Gaji RM1,500 je masa tu. Aku ada apa tadi? Yer ada MSc. Masa tu tak memilih sangat sebab susah nak carik kerja time tu. Tapi yang semangatnya from day 1 bawak news paper The Star tiap-tiap hari kat office nak carik kerja punya pasal. Hantar resume kat related company tiap-tiap hari. Alhamdulillah lepas 6 bulan dapat kerja kat GMI. walaupun bukan jadi lecturer, masa tu jadi research officer. Dah tanam dalam kepala otak masa tu, this is my stepping stone untuk jadi lecturer kat GMI.

Peluang tu sentiasa ada bila kita dah pasak niat tu dalam-dalam kat kepala and hati. Baru lah kita akan usaha ke arah niat murni kita tu. hehehe.. So bila dah berkhidmat dengan GMI 7 years, baru lah dapat sambung belajar as a PhD student and insyaAllah as a fulltimer.

life as a PhD student
student life (source:google)

Doakan semoga my PhD journey would be smooth sailing. Ameen.. 

premium beautiful certified agent,
0126714487
Post a Comment