Sunday, September 20, 2015

Review on Confinement Lady






Anyone yang tengah tercari-cari ataupun tengah cari review on MALAY CONFINEMENT LADY (CL)?










Sekarang ni ramai ibu-ibu moden yang prefer pantang sendiri kat rumah sendiri, daripada balik kampung berpantang dengan mak sendiri ataupun mak mertua. Tambahan bila dah ada anak yang dah sekolah. Dulu masa anak belum masuk sekolah rendah, duduk rumah mak 44 hari pun takpe. Hehehehe.. sekarang ni bila anak dah darjah 2, kene la berpantang kat rumah sendiri.









Pasal confinement lady ni, terpulang lah kat individu tu nak yang stay-in ataupun datang balik hari. Service pun depends jugak. Banyak jugak wellness center sekarang ni yang offer service confinement lady nih.









As for me, kita pernah ambil CL masa anak no-3 dulu. Stay in selama seminggu. Harga sehari RM80 and that was 4 years ago, tahun 2011. Disebabkan kita sangat lah berpuas hati dengan service CL ni, anak no-4 kita ambil the same CL. Tapi harga dah tak sama ye, huhuhu.. Yelah kan dengan GST harga barang dah naik and CL ni pun dah makin glemer (jaga anak Jakel lagi) so harga pun ada naik sikit lah. Lagi satu korang kene ambil dia at least 10 hari. Kalau nak lebih pun okay je. Ada yang ambil dia for 2 weeks, 1 month, 44 hari, 2 bulan pun ada!!









Okay meh kita cerita pasal service dia dulu. Disebabkan dia stay-in, seawal pukul 730 pagi dah kena ready okay. Jangan bangun lambat, walaupun korang tak cukup tidur malam tu, of course lah tak cukup tidur kannnn kene bangun susukan baby.









730 AM: Tungku - masa ni ibu-ibu tak payah mandi dulu, cukup basuh muka n gosok gigi










Tungku besi traditional
Tungku besi akan dibalut dengan daun2 dan kain








815 AM: CL panaskan tungku lagi and masakkan air daun at the same time. Masa ni ibu-ibu boleh la minum sarapan (ringan-ringan je mcm mkn roti ke sebab dia nak mengurut lps tu)









830 AM: Tungku lagi sekali lebih kurang setengah jam dan lepastu dia siapkan air mandi (air daun tadi) untuk ibu-ibu ye. Sebelum mandi tu ibu-ibu siapkan lah baju untuk baby.









900 AM: Ibu-ibu boleh pergi mandi air daun tadi, dan dalam masa yang sama, CL mandikan baby, urut2 baby sikit dan siapkan baby. Lepas ibu-ibu mandi, susukan baby lps dia mandi. Biasanya baby bila dah selesa dan kenyang dia tidur lama up to 3 hours. Haaa.. masatu la CL tu start mengurut ibu-ibu.









11AM: Dah siap urut tu, dia pakaikan bengkung utk ibu-ibu. Lepas tu ibu-ibu boleh la berehat sementara nak makan tengahari. Boleh mintak CL ni masak. Provided ada la barang-barang nak dimasak tu. Dia takde kereta ye nak keluar pergi pasar bagai. So ibu-ibu kena la siapkan bahan-bahan mentah dalam fridge.









1200 PM: Makan tengahari dan rehat sambil jaga baby









300 PM: CL dah start panaskan tungku









330 PM: Tungku 2 kali. Sementara nak tunggu tungku yang ke-2 tu, boleh la minum petang.









530 PM: Mandi dengan air daun. Ni optional, sebab ada ibu-ibu yang mandi pagi je. Contoh macam ibu-ibu yang c-zer, kena kurangkan aktiviti mandi ni.









600 PM: Tungku lagi sekali dan pakaikan bengkung. Waktu petang baby tak mandi dah. Lap2 dengan air panas je dan tukarkan baju tidur.









630 PM: Ibu-ibu boleh la makan malam.. (makan awal gitu, lagi bagus sebenarnya)









Haaaa pack tak pack tak? Tapi seriously memang rasa best lepas mandi air daun tu. Ada 7 jenis daun kot rasanya termasuk la daun pandan, daun serai wangi lepastu ibu-ibu akan rasa freshhhh.









Mengurut tu pulak untuk 3 hari pertama je tau. Bukan lah ambil CL 10 hari, 10 hari mengurut. Lunyai badan. Satu lagi, kalau tak biasa diurut, memang rasa sakit masa diurut tu. Tangan CL tu memang power, siap pakai lengan n siku lagi. Kalau ibu-ibu tak biasa dengan tangan kuat, tak payah le ambil ye. Hehehehe.. Kita memang cari org yang urut kuat sikit, tak suka sangat tangan yang manja-manja ni. Tak rasa kat badan gitu.. hihihi..









Haritu, kita ambil CL ni for 10 days, so 3 hari terakhir tu takda tungku pagi, sebab dia buatkan tangas 3 hari berturut-turut. Nak tau tangas tu apa? Next entry ok.





bertangas semasa pantang
Bertangas


















Disebabkan dia stay-in, jangan lupa siapkan tempat tidur dia, pelawa dia makan sekali. Jangan buat dia macam org gaji pulak ye. Suruh sapu sampah, lap2 habuk ke. sebab dia BUKAN org gaji.









CL ni boleh basuhkan baju baby dan sidaikan baju-baju baby tu. Biasanya tengahari lps dia masakkan untuk ibu-ibu tu, dia akan take a nap before tungku lagi sekali petang tu..







Kesimpulannya, service CL ni termasuk








  1. Tungku 6 kali sehari (3x pagi dan 3x petang)

  2. Urut 3 hari pertama berturut-turut

  3. Urut breast kalau bengkak susu

  4. Mandikan baby

  5. Siapkan air daun untuk ibu sebelum mandi

  6. Masakkan lauk pantang untuk ibu

  7. Basuhkan dan sidaikan baju baby

  8. Tolong tengokkan baby kalau perut masuk angin










Biodata CL:









Nama: Fauziah panggilan Che' Mah




Asal: Pattani, tapi dah jadi warganegara Malaysia dan duduk dekat Grik, Perak




Umur: 48 tahun




Phone no: 019 5083255




Tiada kenderaan, biasanya datang dengan bas daripada Grik dan sangat familiar dengan public transport area Selangor dan KL. Kalau komuter tu hujung jari dia je.. hehehehe






















Post a Comment