Tuesday, May 12, 2015

Menu Orang Ganti Puasa



Lagi sebulan lebih skit je nak sambut Ramadhan. Selalu dah ganti puasa awal-awal. Kali ni ganti puasa lambat skit. Pregnant katanya (alasan..)
Semalam masa sahur memang bancuh mineral coffee sebab nak tahan lapar. Orang pregnant ni cepat lapar (macam-macam dalam fikiran dia tu). Lagi satu nak bagi mata segar bugar kat office ni. Okay nampak tak mata burung hantu tu? Besar kan? Haaa macam tu la effect minum mineral coffee.

#MineralCoffee

Biasa lah bila dah puasa ni, otak tu fikir macam-macam menu untuk berbuka. So dah fikir siap-siap nak masak apa pagi tu. Senang bila sampai rumah je terus bersilat kat dapur. 

First menu; Sotong goreng kunyit plus cili padi. Sejak preggy yang ke-4 ni, memang tak boleh la kalau tak dapat cili padi. Mesti nak yang pedas-pedas.

Bahan-bahan:

1. 500g sotong
2. 2 ulas bawang putih
3. Seinci halia
4. 3/4 sudu kecil serbuk kunyit
5. 1 sudu kecil garam buluh
6. 5 biji cili padi (depends on tahap kepedasan masing-masing)
7. 1 sudu besar tepung jagung
8. Daun bawang (hiasan)
9. Minyak untuk menumis
10. Hirisan bawang besar
11. 1 biji tomato

Cara-cara:

1. Gaulkan sotong yang dah dihiris bulat-bulat dengan garam buluh dan serbuk kunyit. Perapkan selama 20 minit.
2. Tumbuk atau blender bawang putih, halia dan cili padi bersama-sama. Tumiskan bahan tadi dalam minyak yang dah panas.
3. Gaulkan sotong dengan tepung jagung sebelum masukkan ke dalam kuali. Tutup kuali selama 5 minit.
4. Masukkan bawang besar dan tomato yang di potong 4.
5. Letakkan daun bawang sebagai hiasan.

SIAP. senang. simple.



Second menu; Sup Ayam (ni pejam mata pun boleh :p)

Bahan-bahan:

1. 1/2 ekor ayam yang dah dipotong
2. 1 biji kentang di potong 4
3. Hirisan halia (2 inci)
4. Hirisan bawang putih (3 ulas)
5. Daun bawang / Daun sup
6. Bawang goreng
7. Rempah sup ADABI (1 sudu besar + air sikit, jadikan pes)
8. Garam buluh secukup rasa
9. Minyak untuk menumis (2 sudu besar)

Cara-cara:

1. Rebus ayam yang telah dicuci.
2. Dah mendidih, masukkan potongan kentang.

Untuk bahan tumisan;

3. Tumiskan hirisan bawang putih dan halia didalam minyak yang dah panas.
4. Dah naik bau, masukkan pes rempah sup tadi (api perlahan). Tumis sampai rempah dah tukar colour sikit.
5. Masukkan bahan tumisan kedalam rebusan ayam tadi.
6. Masukkan garam buluh secukup rasa.
7. Taburkan bawang goreng dan daun sup/ daun bawang.

Dah Siap. Done. Senang



Haaa senang dan simple sahaja menu berbuka. Tapi puas hati sebab dapat masak sendiri kat rumah. Itu yang paling penting. Anak-anak pun suka sup simple-simple ni. Alhamdulillah.

Order for #MineralCoffee
#GaramBuluh
boleh whatsapp : 0126714487
email : nurhafizakamaruddin@gmail.com



Post a Comment