Tuesday, December 2, 2014

Alhamdulillah



Source: weheartit.com
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Setiap pagi cuba mengungkapkan perkataan Alhamdulillah sebanyak yang boleh tanda kesyukuran kita kepada Illahi. Tak kira kita dalam keadaan susah ataupun senang, kerana setiap apa yang terjadi, susah ataupun senang sememangnya terdapat hikmah yang diberi.

Alhamdulillah syukur diberi peluang untuk melalui hari-hari yang hebat, minggu-minggu yang hebat sepanjang 2014. Memang tak dapat nak digambarkan perasaan yang sangat teruja dan seronok melalui satu pengalaman yang baru setiap hari dalam hidup ini.

Percaturan Allah itu maha hebat dan tepat. Dia tahu bila dan kenapa sesuatu perkara itu terjadi. Yang lebih hebat dia tidak berikan apa yang kita mahu tapi dia berikan kita apa yang kita perlu.

Pertambahan satu lagi portfolio kepada kita, bukan bermakna kita harus ketepikan portfolio yang lama. Tapi pertambahan ini merupakan salah satu amanah yang diberikan oleh Allah kepada hambanya yang mampu untuk menggalas amanah ini.

Sama juga dalam kehidupan seharian kita, bila kita dinaikkan pangkat ia tidak hanya datang dengan pangkat dan gaji yang baru, tapi ia datang dengan tugasan baru yang lebih hebat, amanah baru dan tanggungjawab yang baru.

Di dalam berniaga juga begitu, semakin lama kita berniaga, semakin besar tanggungjawab kita dan amanah yang perlu dipikul. Semakin besar perniagaan kita, semakin ramai orang yang memerlukan kita, semakin ramai pelanggan yang mempercayai kita, semakin ramai orang juga tidak menyukai kita. Itu lumrah dan ia datang dalam satu pakej. Tapi Allah maha adil, dia tahu hambanya yang layak dan mampu sahaja akan diberikan amanah ini.

Cuma kita harus memperhalusi sesuatu yang terjadi dengan lebih teliti. Mungkin kadang-kadang kita gagal melihat hikmah disebalik ketentuan Allah. Dan amatlah rugi jika kita terlepas untuk mempelajari sesuatu dari apa yang terjadi.

Setiap hari cuba fikirkan yang kita akan lalui hari dengan lebih baik dan cuba bersikap POSITIF sebelum kita terus melihat yang negatif.

Belajar untuk memikirkan sesuatu yang POSITIF dahulu sebelum memikirkan perkara negatif. Ia akan membawa kita terus melihat satu pandangan baru betapa indahnya dunia yang kita diami ini jika anda berjaya menguasai ilmu ini. Dan percayalah sesuatu yang hebat pasti akan terjadi pada diri anda hari ni jika anda betul-betul berjaya menguasai ilmu ini hari ini. JOM kita cuba!!
Post a Comment