Monday, November 4, 2013

Gorgeous body shape on your wedding



Hello and hai to all readers,

Cuti sekolah dan wedding sangat sinonim kan. Bila musim cuti sekolah je, ramai pasangan yang merancang perkahwinan mereka.

Naluri seorang wanita yang sentiasa ingin kelihatan cantik especially di majlis perkahwinan mereka sendiri adalah normal sebab majoriti jemputan yang datang akan tertumpu kepada pasangan pengantin terutamanya pengantin perempuan. Waktu sekarang jugak la ramai yang google image fesyen-fesyen terbaru untuk dipakai masa hari yang paling bersejarah tu..



Daripada rambut hingga ke hujung kaki memang di 'groom' at least 3 bulan sebelum hari persandingan. Kalau tak mesti rasa tak confident je nak jalan di tengah-tengah lautan manusia (ecehhhh..). Macam I dulu, perkara yang paling penting ialah bentuk badan. Setiap hari sekurang-kurangnya 20 minit I akan spend masa untuk sit-up. Sebab takut baju yang di tempah awal tak muat. Makan malam jauh sekali. Air kosong 2 - 3 liter sehari. Haha sangat disiplin mase tu.