Saturday, October 26, 2013

Sambal tumis udang dan asparagus



Bila CikPija masuk dapur...

Sebelum ni CikPija pernah kongsikan resepi sambal tumis yang ada belacan. Ada sesetengah orang yang allergy dengan belacan. Jadi harini CikPija kongsikan resepi sambal tumis yang tidak menggunakan sambal belacan. 

Minggu lepas CikPija ade buat sambal tumis udang galah.. Yummyy!! memang favourite husband udang galah ni.. Katenye kepala udang tu yang sedap dan manis.

Udang galah (source:google)

Bahan-bahan A (untuk dikisar):
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci halia

Bahan-bahan lain:
500 gram udang galah
5 sudu cili boh
1 biji bawang besar dihiris
1 sudu tomato sos
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu gula perang
GARAM BULUH secukup rasa

Cara-caranya:
1. Gaulkan udang bersama kunyit serbuk dan goreng sampai udang bertukar warna ke warna merah

Udang galah yang digaul bersama kunyit dan digoreng

2. Asingkan udang dan tumis bahan-bahan A sehingga naik bau.
3. Masukkan cili boh dan tumis sehingga cili betul-betul masak. (part yang ni kene sabar sikit tunggu sampai naik minyak. kalau tak memang tak sedap la sambal tumis u ollss)
4. Masukkan gula perang (nak pakai gula biasa pun boleh), tomato sos, sos tiram dan gaul hingga sebati.
5. Masukkan udang galah yang telah digoreng tadi..
6. Masukkan asparagus, kalau suka petai boleh masukkan petai ye.. (CikPija habiskan stok asparagus)
7. Last sekali, masukkan bawang besar yang dihiris dan GARAM BULUH secukup rasa.

Udang galah and asparagus

CikPija kalau memasak memang pakai garam buluh sebab garam buluh ni dah digunakan secara tradisional oleh rakyat Korea untuk menghindarkan pelbagai penyakit. Banyak khasiat dan mineral yang boleh didapati daripada garam buluh berbanding garam biasa.



Kalau sesiapa yang nak order garam buluh (eh dah lari topik sikit), boleh whatapp 0126714487/email nurhafizakamaruddin@gmail.com. Selamat mencuba!!
Post a Comment