Tuesday, October 22, 2013

Pavlova di Raya Haji



Bila cik pija masuk dapur...

Walaupun tak rajin nak memasak, tapi bila lengkap barang-barangnya mood rajin tiba-tiba datang.

Raya haji minggu lepas, kitorang beraya di Teluk Intan rumah mertuaku. So, kitorang plan nak buat pavlova. Siap google and carik video kat youtube lagi. First time katenye.

Ingredient untuk buat pavlova:

Bahan A (meringue):
- 1 cawan icing sugar
- 5 biji putih telur (grade AA)
- Cuka (1 tea spoon)
- Tepung jagung (1 table spoon)

Bahan B (topping):
- Whipped cream (dalam kotak)
- Buah-buahan masam (grapes- kalau boleh seedless, strawberry. kalau ade kiwi, blueberries pun okay)

Step 1: pukul putih telur sampai kembang.
Step 2: Masukkan icing sugar sikit-sikit
Step 3: Tambahkan cuka dan tepung jagung
Step 4: Beat until form soft peak (mcm dalam gambar tu)


Bila dah siap pukul macam dalam gambar atas ni, keluarkan dan letak atas brown paper (kertas minyak)

Touch up bagi comel-comel sikit..Sambil tu boleh reheat oven 180 degree


Lepas dah bakar.. taraaaa..jadila macam dalam gambar dibawah.. TAPI biarkan dia sejuk perlahan-lahan dalam oven. jangan keluarkan terus.. nanti meringue terkejut dengan temperature drop.. :D 


Pukul whipped cream pulak untuk buat topping die.. pukul sampai jadi 'soft peak' (sile google kalau tak tau soft peak tu mcm mane.. hihi)

Ni contoh kotak whipped cream tu..



Lepas tu boleh susun buah-buahan yang sedap tu and ready to eat..


So nak buat cake pavlova ni takde lah susah mane pun.. selamat mencuba!
Post a Comment