Wednesday, May 1, 2013

Rahsia sambal tumis



Hello readers!

Harini I akan share resepi sambal tumis yang sedap..

Bahan-bahan:
1. Cili boh
2. 3 bawang merah
3. 3 bawang putih
4. 1 bawang besar
5. Gula (1/2 sudu)
6. Garam buluh (secukup rasa)
7. Belacan
8. Asam jawa
9. Gula melaka (secukup rasa)
10. Minyak masak (of course lah kan)

Cara-cara:
Blend bahan-bahan 1 sampai 3. Pastikan minyak didalam kuali panas dan letakkan bawang putih sehingga baunya harum. Tuangkan bahan yang dikisar kedalam kuali dan masukkan juga belacan. Semasa tumis bahan yang dikisar, api perlu lah perlahan dan memerlukan kesabaran yg tinggi yer nak tunggu cili tu betul2 masak n garing.. Macam mane nak tau? Warna akan bertukar merah kehitam2an. Kalau kering, dan cili belum masak, just tambah air dan biarkan ia masak. Setelah cili agak garing, ataupun pecah minyak, masukkan gula melaka. Anda juga ada pilihan utk letak gula biasa atau tidak. Saya tidak menggunakan gula biasa. Kemudian masukkan ikan bilis/sotong(digoreng dahulu utk keringkan airnya)/udang/ayam goreng/telur. Tambahkan bawang besar yg dihiris bulat2. Kemudian letakkan air asam jawa 2 sudu dan garam buluh secukup rasa. Kemudian siap dihidang. Boleh dimkn dgn nasi, nasi lemak, roti, lempeng dll.

Selamat mencuba!
Post a Comment