Sunday, November 12, 2017

Thor | Lunch | Dessert



Assalamualaikum readers!

Ladies day out lagi dan kali ni dekat IOI City Mall, Putrajaya. Most of my friends ni duduk dekat Shah Alam. So selalu jumpa area sana je. Tapi kalini ajak diorang turun dekat sini pulak.

Mulanya nak tengok movie jer. Since ramai boleh join, so kitorang plan for makan-makan sekali dekat situ. Lama tak tengok movie sama-sama. Last masa masing-masing belajar dekat uni dulu. This is the first time kot lepas semua busy dengan marriage live!

Everyone has been busy dengan works, families, studies, businesses. Everything is stress nowadays. Since ramai mak-mak yang stress dengan housechores, so this is the moment & activity yang mommy can enjoy dengan ‘ME TIME’!

We all tengok cerita Thor Ragnarok. Sebenarnya tak berapa suka dengan cerita-cerita spaceships & planet lives other than Earth. Macam Star Wars tu memang akak tak favour. Haha. Ingatkan cerita Thor ni cerita dekat Earth. Tapi not bad la akak bagi 4 bintang sebab ada Hulk dalam tu yang buat jalan cerita Thor tu lagi best! Thor pun hot okay lepas potong rambut. Haha..

Lepas tu we all decided to eat dekat NY Steak Shack. I ordered chicken rosemary & they ordered ribeye steak & lamb shoulder with blackpepper sauce. The price is affordable. 1 set plate ni lebih kurang RM25++. The taste biasa-biasa je. You can get the same dish like these outside and cheaper as well. Heh.. But again, kalau jumpa diorang ni pun, the foods don’t matter. As long as boleh chitchatting and bahan masing-masing punya perangai!



Yan insist nak makan korean dessert lepas tu. So we went to Hanbing Dessert Cafe. Sebenarnya semua dah kenyang tapi bila tengok gambar bingsu tu semua drooling & terus lapar balik. Satu bingsu tu banyak tau so korang boleh makan share share untuk 3 orang. Mango & strawberry pun fresh & sedap sangat! Kalau tak makan steak pun takpe, sebab ada main dish korean dekat sini. Yang suka cheesy food & spicy food, recommended makan dekat sini okay. Price all together untuk tiga dishes tu lebih kurang RM101.00.







So there goes my Sabtuday semalam. Sebelum balik beli Pokky dulu untuk anak-anak. Kebetulan ada promo 5 kotak RM10. Balik rumah, mandi-mandi semua bagi anak-anak makan and say thanks tu encik suami sebab izinkan isterinya ini berjimba. Isteri-isteri yang stress dengan house chores dan rasa diri tak dihargai ke, discuss je dengan encik suami masing-masing. Nak mintak keluar kejap hang out dengan kawan-kawan.

Tapi janganlah kau mintak tiap-tiap hari ke tiap-tiap minggu. Berpada-padalah jangan sampai makan minum suami and anak-anak terabai jer. My 2 cents. 

Enjoy the pictures!


Saturday, October 14, 2017

Tahniah Dato' Siti Nurhaliza!



Alhamdulillah syukur sangat dengar berita gembira daripada Dato' Siti semalam. Lepas tunggu selama 11 tahun, Allah berikan rezeki kepada Dato' K dan Dato' Siti hasil daripada treatment fertility beberapa kali.

Happy for them dan of course semua peminat Dato' Siti pun tumpang happy. Ramai juga yang mendoakan mereka berdua dapat menimang cahaya mata pertama mereka daripada awal pernikahan dulu sampai lah sekarang. Dah 4 bulan pregnant dah Tok Ti kita.


Baju Siti Nurhaliza cantik!


Tengok masa live semalam dekat Awani pun nampak termengah-mengah nak menyusun ayat. Hehehe, hopefully tok Ti sihat sepanjang melalui pregnancy journey, diberikan kekuatan emosi dan fizikal.


Berseri-seri Siti Nurhaliza

Kepada yang kat luar sana, jadikan Tok Ti ni motivasi untuk u all usaha lebih. Allah berikan rezeki untuk kita pada waktu yang sesuai dan jangan lupa usaha daripada suami isteri.

Kadang-kadang kita kena pekakkan telinga dengan kata-kata yang buat kita demotivated. Jadikan kata-kata orang tu untuk kita terus bersemangat dan cari kekuatan. InsyaAllah Allah sayang semua hambanya yang bersabar 😉


Lots of love,
-PIN PB expert-
❤❤❤

Friday, October 13, 2017

Fazura Duta Baru SHOM!



Salam Jumaat!

Excited pagi ni tengok berderet notification dalam group PIN. Malam tadi pukul 12.01 AM SHOM announce;

"It's time for some EXCITING news!
Introducing our new ambassador - the one and only Ms. Fazura - an accomplished and much-celebrated artiste in Malaysia who will soon be the new face of Sahajidah Hai-O Marketing! Follow us closely for more updates!"

Bukan calang-calang artis ye. Fazura merupakan antara ramai selebriti yang namanya tengah meningkat naik. Populariti dia bukan dari lakonan sahaja, tapi duta-duta produk jenama yang famous dekat TV mahupun magazine!

Nama Fazura ni sangat la terkenal dekat Malaysia, Singapura dan Brunei. Indonesia pun sama sebab Fazura bakal berlakon dalam filem Ayat-Ayat Cinta 2.

Baru-baru ni dekat New York muka Fazura and Selena Gomez terpampang sempena Minggu Fesyen New York!



Secara tak langsung meletakkan nama company SHOM setaraf dengan company gergasi yang lain. One step ahead from Sahajidah Hai-O Marketing. Dan of course lah lepas ni bertambah-tambah lagi team business PIN. So excited!

Mana tau dapat pergi Korea dengan Fazura ke lepas nihhh. Syoknyaaa 😍


Lots of love,
-PIN PB expert-
❤❤❤



Tuesday, October 10, 2017

Prof Dato' Jimmy Choo



Salam readers! Hai u all semua.

Korang kenal tak Prof Dato' Jimmy Choo? Pereka fesyen luxury yang sangat famous dekat UK & seantero dunia tu. Sebut Jimmy Choo mesti ingat kasut!




Kak Fizz suka baca cerita orang-orang berjaya ni. Not only that, suka baca kisah diorang ni bermula sebelum jadi terkenal dan paling disegani. Mana ada orang boleh terkenal dan berjaya sehari dua kan? Mesti ada fasa susah, bangun dan jatuh.

Itu yang Kak Fizz suka baca, masa susah dan jatuh, macam mana diorang bangkit untuk jadi orang yang berjaya. That is how we inspire people kan. Bukan sebab kejayaan semata-mata, tapi perjalanan menuju ke puncak tu yang buat kita buka minda seluasnya.

***************************

Prof Dato Jimmy Choo (JC) ni berasal daripada Penang, lahir tahun 1948. Beliau dibesarkan dalam family yang ayahnya seorang 'shoemaker'. Even JC pun pernah buat kasut sendiri masa umur 11 tahun!

JC graduated daripada salah satu fashion college dekat London. Masa belajar kat sana, setahun je family dia support. Lagi 3 tahun JC kerja dekat restoran dan cleaner dekat kilang kasut untuk menampung expenses belajar.

Lepas je graduate, JC sewa bangunan hospital lama untuk buka kedai kasut pertamanya dekat Hackney, London. Untuk empat tahun pertama business kasut yang direka sendiri, sales nya tak seindah mana. Even masuk dalam magazine Vogue pun sales makin merosot.

Korang tau tak magazine Vogue? Design kasut-kasut JC dimasukkan dalam magazine Vogue dalam 8 muka surat.

Dan

Hard work paid off bila Princess Diana was one of his customer!

Semenjak daripada tu, brand kasut rekaan JC terus famous internationally. Ramai artists Hollywood yang terkenal tempah kasut dengan JC yang harganya beribu-ribu US dollar! Apa jadi kalau masa 4 tahun pertama, dia dah give up dengan sales kasut dia dekat bangunan hospital lama tu??

Ada 3 style marketing JC ni..
1st; Beliau seorang yang customer oriented. Beliau sendiri yang entertain princess Diana untuk design kasut yang terbaik untuk Princess of Wales tu.

2nd; Kalau perasan beliau sendiri yang akan jadi jurucakap untuk produk kasut dan handbag beliau sendiri. Tak gunakan model untuk jurucakap produk keluarannya.

3rd; Beliau adalah 'decision maker' dalam butiknya dan syarikatnya. Sesetengah founder syarikat akan hire daripada agensi lain untuk jadi penasihat. Tapi JC dengan style beliau tersendiri.

Hebat kan?

Tapi of course lah nak jadi hebat perlu lalui proses kecaman, cabaran, bersusah payah & yang penting tak mudah mengalah walaupun terpaksa makan mee segera masa 4 tahun nak membangunkan Jimmy Choo Ltd.

Sekarang ni beliau involve dalam projek untuk buka institut pembuatan kasut di Malaysia.

***************************
Tahun lepas, 15 Oktober 2016 Prof Dato' Jimmy Choo dilantik menjadi non-independent and non-executive director of Hai-O Enterprise Bhd.


Dengan company yang kukuh 25 tahun dan collaboration dengan ikon fesyen ternama dunia, Hai-O akan lebarkan lagi sayapnya ke antarabangsa! Even lepas rebranding dengan nama Sahajidah Hai-O marketing, rakyat daripada negara Indonesia, Brunei dan Singapore pun ambil peluang untuk memasarkan produk-produk SHOM secara MLM.



Tak perlu takut pun dengan MLM daripada company yang memang genuine sejak berpuluh tahun yang lepas. Setiap bulan, RM 10 juta diperuntukkan untuk usahawan-usahawan Sahajidah Hai-O! 

Company yang dapat pengikitirafan daripada KPDNKK sebab menjalankan business secara beretika.

Bangga sangat buat business dengan Sahajidah Hai-O yang sentiasa kedepan untuk merealisasikan matlamat agent-agent dibawahnya. Tak ada masalah produk, cara nak marketkan produk, semuanya memang dikenali ramai!

Hai-O berkolaborasi dengan ikon fesyen terkenal untuk lancarkan produk Infinence

Peluang perniagaan dengan Hai-O memang terbuka luas untuk semua rakyat Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia. Modal flexible, boleh berniaga secara online dan offline dan of course pilihlah kumpulan yang betul.

Boleh book appointment dengan Kak Fizz if nak tau details tentang sistem Hai-O dan marketing plan yang flexible untuk semua tak kisah samada baru nak bermula ataupun dah menapak dalam business!



Lots of love,
-PIN PB expert-
❤❤❤

Wednesday, September 27, 2017

Jibby & Co, Subang



Lama dah tak jumpa geng-geng sekolah ni. Walaupun aktif je dekat group whatsapp tapi rindu sangat nak jumpa depan depan & hug hug. Hehe..






Tiap-tiap tahun pun kitorang organize untuk meet up, so this year gonna be our 23rd anniversary of friendship! Disebabkan tak cukup corum so kitorang plan for a pre-gathering dekat Jibby &Co!

Tempat nak jumpa bukan big matter pun. Sebenarnyelah kan. Tapi sebab Elly nak bawak anak kecik dia, so kita cari tempat yang cozy sikit untuk berborak plus letak anak kecik dia. Apa pun yang penting jumpa!

Love this place so much & service pun okay, not bad, cepat & bersih. This cafe ada dua tingkat, so kitorang duduk dekat atas. Dekat bawah spacious sikit, sesuai nak buat small birthday celebration.

The foods pun okay, kitorang banyak order italian food macam pizza, spaghetti bolognese & lasagna. 



Yang paling sedap untuk dikunyah masa tengah berborak is this one. Sweet potatoes fries, sedap giler! Makan time hujan pulak tu plus dengan flashback masa zaman sekolah dulu. Memang heaven sangat tak perasan makan sampai 2 plates habis.


Our beverages!


Last one dessert. Nutella brownies tu memang sedap sangat plus ada vanila ice cream pulak on top, setiap suap tu rasa sayang sangat nak telan, sebab sedappp seriously sedap sangat! Rasa nak pergi repeat makan brownies jer.



Price?
We all makan semua kat atas tu around RM300++. So lebih kurang RM60 seorang. Yup quite pricey, but again sebenarnya tak kisah sangat pasal foods and price (sekali sekala) pun asalkan dapat jumpa dekat tempat yang senang nak berborak dan tak bising sangat 😄

Lots of love,
-PIN PB expert-
❤❤❤